Makanan Malaysia
Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia, Singapura, dan Brunei terutama sebagai sarapan pada waktu pagi. Pada kebiasaanya nasi lemak adalah pilihan utaman masyarakat pada waktu pagi dan mampu bertahan hingga tengah hari. Nasi lemak dijadikan makanan harian terutamanya kepada pekerja yang memerlukan tenaga yang banyak dan masa yang segera. Di samping itu, nama nasi lemak mendapat gelaran daripada cara penggunaan santan untuk memasak nasi. Santan khususnya merupakan bahan masakan yang sering digunakan oleh masyarakat Melayu tradisional. Walaupun nasi lemak sangat sedap ia tidak sepatutnya diambil dengan kerap. Hal ini kerana gabungan santan dan beras semasa proses memasak menjadikannya terlalu berlemak dan tinggi kolestrol yang menyebabkan seseorang itu mempunyai masalah kegemukan dan masalah jantung tersumbat. Oleh itu, nasi lemak tidak digalakkan sama sekali diambil secara berlebihan.
No comments:
Post a Comment