Kek Batik Indulgence, yang mempunyai 3 lapisan iaitu lapisan
kek batik, lapisan cheese dan coklat ganache. Dessert yang mudah, kerana
kita tak perlu bakar guna oven. Untuk
kek batik, kali ni Che Nom
sediakan tanpa telur.
Resepi kek Batik:
https://youtu.be/SRWd2TUNacY?feature=shared
Bahan-bahan untuk Kek Batik:
- 2 pack /540g biskut marie
-250g mentega
-1/2 tin /200g susu pekat manis
-1 cawan serbuk Milo
-3/4 cawan /180ml susu full cream
-1/2 cawan /50g serbuk koko
-1/4 sudu kecil garam *for unsalted butter 1 sudu kecul esen
vanilla
Bahan-bahan
untuk lapisan cheese:
- 250 g krim keju
-3 sudu besar /50g
gula kastor
-1 sudu kecil esen vanila
-1 sudu besar susu
pekat manis
-3/4 sudu besar serbuk
gelatin
-3 sudu besar air
panas
-200 ml krim putar
tenusu
-Bahan-bahan untuk coklat ganache:
-300g coklat masakan gelap
-250g krim putar tenusu
-1 sudu besar butter
-1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara
untuk Penyediaan kek batik:
- Lapik loyang dengan
plastik atau kertas kalis air.
-Patah-patahkan biskut marie.
-Panaskan butter sehingga cair kemudian masukkan susu pekat
manis, serbuk milo, susu full cream dan serbuk koko.
-Kacau sampai tak berketul. Masukkan esen vanila, garam
(kalau guna unsalted butter). Kacau sampai mendidih dan tutup api.
-Tuang biskut maire yg
dipatahkan tadi sikit demi sedikit. Tuang ke dalam loyang. Ratakan dan tekan
rapat.
-Sejukkan dalam peti ais sementara sediakan lapisan cheese.
Cara-cara
untuk lapisan cheese:
-Bancuh gelatin dengan air panas dan kacau sampai larut.
-Masukkan krim cheese dalam mangkuk adunan. Masukkan gula
kastor, esen vanilla, susu pekat dan cecair gelatin. Kacau sekata.
-Dalam bekas yang berasingan,
putar whipping cream sehingga kental. Campurkan whipping cream dalam adunan
cheese.
-Keluarkan kek batik
dan tuang adunan cream cheese di atasnya.
-Ratakan dan masukan balik kedalam peti sejuk.
Cara-cara
untuk lapisan coklat ganache:
-Cairkan coklat
(double boil).
-Masukkan whipping cream kemudian kacau sehingga suam dan
larut..
-Masuk sedikit butter (supaya lapisan ganache berkilat)
No comments:
Post a Comment