Makanan Malaysia (Yang Sedap, Best, Menarik & Halal)
Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia, Singapura, dan
Brunei terutama sebagai sarapan pada waktu pagi. Pada kebiasaanya nasi lemak
adalah pilihan utaman masyarakat pada waktu pagi dan mampu bertahan hingga
tengah hari. Nasi lemak dijadikan makanan harian terutamanya kepada pekerja
yang memerlukan tenaga yang banyak dan masa yang segera. Di samping itu, nama
nasi lemak mendapat gelaran daripada cara penggunaan santan untuk memasak nasi.
Santan khususnya merupakan bahan masakan yang sering digunakan oleh masyarakat
Melayu tradisional. Walaupun nasi lemak sangat sedap ia tidak sepatutnya
diambil dengan kerap. Hal ini kerana gabungan santan dan beras semasa proses
memasak menjadikannya terlalu berlemak dan tinggi kolestrol yang menyebabkan
seseorang itu mempunyai masalah kegemukan dan masalah jantung tersumbat. Oleh
itu, nasi lemak tidak digalakkan sama sekali diambil secara berlebihan
No comments:
Post a Comment