Monday, December 4, 2023

Lab 5 Story board


                                      Above is a Story board is about how to make Nasi Goreng Kampung

Lab 3 Photoshop


                                                Picture was edit using Photoshop in Lab 3

Saturday, December 2, 2023

Pengenalan

 


  Makanan merupakan salah satu keperluan asas manusia. Manusia memerlukan makanan seimbang bagi mendapatkan tenaga dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan untuk bergerak aktif. Makanan yang baik bukan sahaja mengambil kira kandungan zat yang terkandung malahan keselamatan daripada segi bahaya kimia, fizikal dan biologi di dalam makanan juga perlu diberi penekanan.

    Setiap individu meneruskan kehidupan dengan memenuhi keperluan yang paling penting untuk hayat dan kehidupan berkomuniti. Keperluan individu yang asas ialah keperluan primer seperti makanan, air, pakaian, tidur, dan tempat kediaman. Selain itu, individu juga perlu memperoleh keperluan sekunder seperti kasih sayang, penerimaan, penghormatan dan pencapaian akademik.

   Makanan merupakan keperluan fizikal yang terlalu penting. Tanpa makana yang mencukupi dan kualiti makanan yang baik, kesihatan individu akan terganggu. Dalam jangka masa tertentu, individu yang tidak makan akan kelaparan, seterusnya boleh menyebabkan kematian.

Resepi Kek Batik




Kek Batik Indulgence, yang mempunyai 3 lapisan iaitu lapisan kek batik, lapisan cheese dan coklat ganache. Dessert yang mudah, kerana kita tak perlu bakar guna oven. Untuk kek batik, kali ni Che Nom sediakan tanpa telur.

Resepi Kek Batik.

https://youtu.be/SRWd2TUNacY?feature=shared

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan untuk Kek Batik:
    • 2 pack /540g biskut marie
    • 250g mentega
    • 1/2 tin /200g susu pekat manis
    • 1 cawan serbuk Milo
    • 3/4 cawan /180ml susu full cream
    • 1/2 cawan /50g serbuk koko
    • 1/4 sudu kecil garam *for unsalted butter
    • 1 sudu kecul esen vanilla
  • Bahan-bahan untuk lapisan cheese:
    • 250 g krim keju
    • 3 sudu besar /50g gula kastor
    • 1 sudu kecil esen vanila
    • 1 sudu besar susu pekat manis
    • 3/4 sudu besar serbuk gelatin
    • 3 sudu besar air panas
    • 200 ml krim putar tenusu
  • Bahan-bahan untuk coklat ganache:
    • 300g coklat masakan gelap
    • 250g krim putar tenusu
    • 1 sudu besar butter
    • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk kek batik:
    1. Lapik loyang dengan plastik atau kertas kalis air.
    2. Patah-patahkan biskut marie.
    3. Panaskan butter sehingga cair kemudian masukkan susu pekat manis, serbuk milo, susu full cream dan serbuk koko. Kacau sampai tak berketul.
    4. Masukkan esen vanila, garam (kalau guna unsalted butter).
    5. Kacau sampai mendidih dan tutup api.
    6. Tuang biskut maire yg dipatahkan tadi sikit demi sedikit.
    7. Tuang ke dalam loyang.
    8. Ratakan dan tekan rapat.
    9. Sejukkan dalam peti ais sementara sediakan lapisan cheese.
  2. Cara-cara untuk lapisan cheese:
    1. Bancuh gelatin dengan air panas dan kacau sampai larut.
    2. Masukkan krim cheese dalam mangkuk adunan.
    3. Masukkan gula kastor, esen vanilla, susu pekat dan cecair gelatin.
    4. Kacau sekata.
    5. Dalam bekas yang berasingan, putar whipping cream sehingga kental.
    6. Campurkan whipping cream dalam adunan cheese.
    7. Keluarkan kek batik dan tuang adunan cream cheese di atasnya.
    8. Ratakan dan masukan balik kedalam peti sejuk.
  3. Cara-cara untuk lapisan coklat ganache:
    1. Cairkan coklat (double boil).
    2. Masukkan whipping cream kemudian kacau sehingga suam dan larut.
    3. Masuk sedikit butter (supaya lapisan ganache berkilat).
    4. Masukkan esen vanilla.
    5. Bila dah cair sekata boleh angkat.
    6. Keluarkan kek batik dari peti sejuk dan tuang coklat ganache.
    7. Simpan dalam peti sejuk semalaman

Tip:

  • Jangan panaskan (double boil) terlalu lama coklat ganache.
  • Sentuh bubble yang muncul atas lapisan coklat ganache supaya lapisan ganache tak menggerutu.
  • Rendam pisau dalam air panas setiap kali kita potong, potongan lebih kemas dan bersih dengan cara ni.


 


Makanan Sihat


       Makanan Sihat

Apakah Pinggan Pemakanan Sihat?

Pemakanan sihat adalah mengenai pengambilan makanan untuk memenuhi keperluan pemakanan harian kita sambil secara sedar mengelakkan faktor yang boleh menyumbang kepada penyakit berkaitan diet.

Mari kita mulakan dengan bahagian terbesar di atas pinggan: 1/2 pinggan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Buah-buahan dan sayur-sayuran padat dengan nutrien seperti antioksidan, vitamin dan banyak lagi. Mereka juga dianggap sebagai makanan 'volume tinggi, rendah kalori'. Malah, sayur-sayuran rendah kalori dan boleh menjadi snek tanpa rasa bersalah yang indah. Mereka juga merupakan pengganti yang bagus untuk mengidam gula.
 

piramid makanan

Makanan Malaysia




Makanan Malaysia

    Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia, Singapura, dan Brunei terutama sebagai sarapan pada waktu pagi. Pada kebiasaanya nasi lemak adalah pilihan utaman masyarakat pada waktu pagi dan mampu bertahan hingga tengah hari. Nasi lemak dijadikan makanan harian terutamanya kepada pekerja yang memerlukan tenaga yang banyak dan masa yang segera. Di samping itu, nama nasi lemak mendapat gelaran daripada cara penggunaan santan untuk memasak nasi. Santan khususnya merupakan bahan masakan yang sering digunakan oleh masyarakat Melayu tradisional. Walaupun nasi lemak sangat sedap ia tidak sepatutnya diambil dengan kerap. Hal ini kerana gabungan santan dan beras semasa proses memasak menjadikannya terlalu berlemak dan tinggi kolestrol yang menyebabkan seseorang itu mempunyai masalah kegemukan dan masalah jantung tersumbat. Oleh itu, nasi lemak tidak digalakkan sama sekali diambil secara berlebihan.